Kini sudah ada Misa Kudus BM di Georgetown

BM_Mass_Poster-prf4.

This post is in Bahasa (Malay).

Herald
26hb Julai 2015

PULAU PINANG (HeraldMalaysia): Buat julung kalinya, Misa Kudus dalam Bahasa Malaysia (BM) telah dijalankan secara rasmi di bahagian pulau, negeri Pulau Pinang.

Misa tersebut dirayakan di Gereja St. Francis Xavier, Georgetown, pada Mei 3, 2015 dan dirasmikan oleh Uskup Pulau Pinang, Rt. Rev. Sebastian Francis, DD. Dalam Misa tersebut, Prelatus itu dibantu oleh Fr Stanley Antoni dan Fr Joachim Robert.

Misa Kudus tersebut dihadiri oleh kira-kira 60 orang umat dari sekitar Bandar Georgetown. Rata-rata umat yang hadir gembira menyertai Perayaan Ekaristi dalam BM, khususnya umat yang berasal dari Malaysia Timur dan Indonesia.


Dalam homilinya, Uskup Sebastian menyatakan bahawa inisiatif untuk mengadakan Misa Kudus dalam BM Malaysia telah lama diusahakan berikutan peningkatan jumlah umat Kristian BM dari Malaysia Timur dan Indonesia di Keuskupan Pulau Pinang, lebih-lebih lagi di Paroki Bandar Georgetown.

Prelatus itu menggalakkan umat BM untuk memperkembangkan lagi pelayanan mereka dengan menjalankan aktiviti- aktiviti menggunakan BM. Katanya, Keuskupan Pulau Pinang berbesar hati menjemput umat untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Gereja St. Francis Xavier, Georgetown bagi aktiviti kerohanian.

Seorang umat dari Indonesia yang menetap di Georgetown telah menyuarakan rasa gembira beliau kerana akhirnya Misa Kudus dalam BM Malaysia berjaya dirayakan di Georgetown.

Menurut beliau, sebelum ini beliau sekeluarga berulang alik dari Georgetown ke Bukit Mertajam untuk menghadiri Misa Kudus dalam BM di Gereja St. Anne, Bukit Mertajam.

Umat itu mengucapkan terima kasih kepada Keuskupan Pulau Pinang kerana mengambil inisiatif untuk mewujudkan Misa Kudus dalam BM di Georgetown.

Misa Kudus tersebut turut dirayakan oleh siswa-siswi universiti dan kolej di sekitar Pulau Pinang yang rata-rata berasal dari Sabah dan Sarawak. Mereka menyatakan bahawa Misa Kudus dalam BM mencetuskan perasaan seperti kembali ke kampung halaman kerana perjalanan Misa dan lagu-lagu menggunakan BM sepenuhnya.

Natashya yang melayani sebagai komentator Misa Kudus pada hari berharap lebih ramai umat dapat menghadiri Misa dalam BM di Gereja St Francis Xavier.

Misa Kudus BM dijalankan pada setiap hari Ahad pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, tepat jam 10.00 pagi.

NOTA:  Mass in BM for those in Penang island

Posted on 24/07/2015, in General, News and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. FM Kota Belud

    Noted thank you so much on this info.

    _____

  1. Pingback: Mass in BM for those on Penang Island | City Parish, Penang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: